Thursday, January 20, 2011

suara ini seperti mati

bisikku pada tuhan, air2 panas ini mula semakin dan semakin melimpah. aku cuba untuk menahannya dalam keadaan ketika itu adalah tidak sesuai untuk dibiarkannya melimpah. seperti ada rasa untuk menahan. kucuba sehinggalah mula sendiri. hujan di petang ini sama seperti apa yang dirasa.
bisikku pada tuhan, kirimkan aku rasa kesabaran dan kirimkan aku tempat yang dapat aku luahkan seperti dahulu. bisikku pada tuhan janganlah dihantui perasaan ini dengan seribu rasa yang palig aku takuti.
bisikku pada tuhan, ya aku akan menemuiMu sebentar lagi. bisikku tuhan moga doa2 ini Kau dengari.

Tuesday, January 18, 2011

Rasulullah S.A.W telah bersabda

Pesanan Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

cintaku padamu

" Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

2010 di tinggalkan 2011 dialu alukan

Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)