Sunday, June 19, 2011

memujuk

tuhanku,bantulah aku untuk memujuk hatiku ini. bantulah aku untuk mengenal siapa diriMu dan diriku. bantulah aku untuk memujuk jiwa2ku ini. bantulah aku untuk menuju kesyurgaMu.

Tuesday, June 7, 2011

tidak terburu

tuhanku, jadikanlah aku redha dengan apa ketetapaMu dan berkatilah dengan apa yang telah ditetapkan kepadaku, sehingga aku tidak perlu terburu-buru dengan apa yang telah Engkau tangguhkan dan takkan tertunda sesuatu yang telah tiba masanya.

Bangunkan aku dari tidur

Ya Allah,bangunkanlah aku pada waktunya, kerana sesungguhnya nyawaku berada pada kekuasaanMu. Engkaulah yang akan mematikan roh ketika mati dan menyempurnakan jiwa yang tidak mati ketika tidur. sesunggunya Ya Allah berikanlah kesempatan untuk aku mengingatiMu dan juga untukMu mengingatiku dan aku memohon keampunan kepadaMu dimana hanya Kau yang dapat memberi keampunan kepadaku. Sesungguhnya Engkaulah melakukan apa yang Engkau kehendaki,dan menghukum apa yang Engkau kehendaki.

Sunday, June 5, 2011

terima kasih Ya Allah

Ya allah,aku menerima segala ketentuan dariMu. walaupun manis,walaupun pahit,aku menerimanya dengan hati yang terbuka. setiap apa yang Kau berikan adalah untuk mengujiku sebagai umatMu. Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi segala ujian2 dariMu Y Allah. terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk merasainya. terima kasih.

Thursday, January 20, 2011

suara ini seperti mati

bisikku pada tuhan, air2 panas ini mula semakin dan semakin melimpah. aku cuba untuk menahannya dalam keadaan ketika itu adalah tidak sesuai untuk dibiarkannya melimpah. seperti ada rasa untuk menahan. kucuba sehinggalah mula sendiri. hujan di petang ini sama seperti apa yang dirasa.
bisikku pada tuhan, kirimkan aku rasa kesabaran dan kirimkan aku tempat yang dapat aku luahkan seperti dahulu. bisikku pada tuhan janganlah dihantui perasaan ini dengan seribu rasa yang palig aku takuti.
bisikku pada tuhan, ya aku akan menemuiMu sebentar lagi. bisikku tuhan moga doa2 ini Kau dengari.

Tuesday, January 18, 2011

Rasulullah S.A.W telah bersabda

Pesanan Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

cintaku padamu

" Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

2010 di tinggalkan 2011 dialu alukan

Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)